Kisah Pegawai Bank Curi Satu Sen Dari Semua Akaun Bank

May 4, 2017

Aku pasti ramai di antara anda yang belum pernah mendengar cerita tentang pencuri duit satu sen yang menjadikan pencuri itu kaya raya sehingga mampu memiliki kereta mewah dan tinggal di sebuah kondominium mewah. Ya memang beliau mencuri satu sen tetapi dari banyak akaun yang berlaku hampir 27 tahun lalu.

Anda mesti tertanya-tanya bagaimana beliau boleh melakukan perkara ini sedangkan pada masa itu teknologi belum lagi secanggih sekarang bagi menjalankan banyak transaksi sehingga beliau dapat mengumpul sehingga RM4 juta.

Aman Shah adalah seorang eksekutif bank yang berusia 24 tahun pada tahun 1990 bekerja sebagai pakar di Hock Hua Bank dengan gaji bulanan RM1,800. Dengan gaji tersebut beliau hidup mewah dengan memiliki enam kereta mewah.

Kronologi ceritanya bermula apabila beliau dihantar oleh majikannya pada masa itu ke kursus komputer untuk mempelajari kemahiran menjalankan operasi perbankan. Beliau kemudiannya dilantik sebagai Ketua Jabatan pemprosesan SPEED (sistem penghantaran elektronik bagi dana dan sekuriti).

Dipercayai dengan jawatan yang dipegang ketika itu, beliau menjalankan transaksi palsu dengan mengambil setiap satu sen dari akaun pelanggan di Hock Hua Bank dan menghantar setiap sen tersebut ke akaun peribadinya di Bank Bumiputera.

Operasi yang dijalankan oleh Aman Shah tidak disedari oleh pihak Hock Hua bank, Bank Bumiputera bahkan Bank Negara sendiri sehinggalah beliau dapat mengumpul hampir RM41 juta.

Minatnya kepada kereta mewah membuatkan beliau membeli enam buah kereta termasuk Lamborghini Countach, Mercedez Benz 300L, Porche Carrera, BMW329l, Porche 928 S4 dan Mercedez Benz 300E.

Aman Shah juga menyertai pameran kereta mewah pada Jun 1990. Beliau ketika itu mula berani untuk ditemuduga dalam rancangan TV3 tentang minatnya kepada kereta mewah. Pada masa itu beliau yang telah meletak jawatan dari Hock Hua Bank dengan bangga menceritakan tentang koleksi kereta mewahnya.

Langit tidak selalu cerah, bekas majikannya di Hock Hua Bank menonton rancangan TV tersebut dan meragui bagaimana seorang pekerja yang bergaji RM1,800 boleh memiliki koleksi kereta mewah. Dia terus bergegas ke jabatan audit untuk menjalankan audit terhadap semua transaksi yang dijalankan oleh Aman Shah sebelum ini. Selepas berpuas hati dengan bukti yang mereka dapat, pihak Hock Hua Bank membuat laporan polis di Pejabat Polis Campbell pada 8 Jun 1990. Aman Shah ditangkap di kondominium mewah beliau di Bangsar.

Pihak polis menyatakan Aman Shah menjalankan operasi penghantaran wang dari akaun Hock Hua Bank ke akaun peribadi beliau selepas menceroboh kod keselamatan di Hock Hua Bank. Beliau kemudiannya didakwa dengan empat kesalahan yang menipu sehingga RM4 juta dari Hock Hua Bank.

Aman Shah didapati bersalah dan dikenakan hukuman penjara sehingga lima tahun. Menurut bekas warden penjara, Aman Shah dilalyan sebagai pesalah istimewa dengan membuat kerja-kerja pejabat.

Terdapat juga khabar angin bahawa Aman Shah ditawarkan bekerja di Jabatan Jenayah Komersil PDRM. Tetapi tiada siapa yang tahu tentang kesahihan perkara ini.

Jika dilihat secara keseluruhan, seorang pegawai bank yang mencuri satu sen dari setiap akaun pelanggan pada tahun 1990 sudah tentu begitu mudah dengan kepakaran yang Aman Shah ada ketika itu. Satu sen bahkan 50 sen yang dicuri dari setiap akaun adalah sukar untuk disedari dengan teknologi 27 tahun lalu. Namun operasi ini tidak akan berjaya jika ia dilakukan pada hari ini dengan teknologi yang begitu canggih.

Begitulah cerita Aman Shah si pencuri satu sen sehingga jadi jutawan pada tahun 1990.

Sumber : Moshed

Article Tags:
· · · · · · · · · · ·
Article Categories:
Motivasi · Teknologi · Viral

Comments are closed.