Sultan Kedah Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah Gering

April 17, 2017

Tular di media sosial dakwaan bahawa Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu’adzan Shah sedang gering. Turut serta di dalam mesej yang menjadi tular tersebut adalah sepucuk surat dikatakan daripada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah memaklumkan kepada semua imam di daerah berkenaan supaya mengadakan solat hajat adalah palsu.

Ketua Setiausaha Sulit Sultan Kedah, Datuk Bijaya Indera, Datuk Paduka Syed Unan Mashri Syed Abdullah pada 7 April 2017 telah menafikan bahawa Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah sedang gering. Beliau berkata, mesej tersebut disebarkan orang tidak bertanggungjawab yang suka menambah cerita untuk sengaja diviralkan.

Sumber : Bernama, Berita Harian , Sebenarnya

Article Tags:
· · · · · ·
Article Categories:
Berita · Isu Semasa Dalam Negara · Viral

Comments are closed.