Gelombang Haba Akan Melanda Malaysia Semasa Fenomena Ekuinoks

March 16, 2017

Tular di media sosial mengenai dakwaan kononnya gelombang haba yang merbahaya akan melanda Malaysia semasa Fenomena Ekuinoks adalah palsu.

Kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pada 16 Mac 2017 menafikan tular berkaitan gelombang haba yang melanda semasa Fenomena Ekuinoks yang telah tersebar luas melalui media sosial.

Memandangkan Negara terletak berhampiran khatulistiwa, terdapat sedikit kenaikan suhu harian dalam tempoh tersebut sekiranya tiada liputan awan. Walau bagaimanapun kenaikan suhu dijangka tidak menyebabkan gelombang haba seperti mana yang disebarkan.

Sumber : Jabatan Meteorologi Malaysia, Sebenarnya

Article Tags:
· · · · · · ·
Article Categories:
Berita · Isu Semasa Dalam Negara · Viral