Pesawat TUDM Terhempas Di Butterworth

March 16, 2017

Tular di media sosial kononnya seorang pengguna Facebook ternampak percikan api dan asap tebal serta mendakwa jet terhempas di kawasan sawah padi berhampiran Lebuh Raya Utara Selatan di Sungai Dua pada 12 Mac 2017 adalah palsu.

Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) menafikan pesawatnya terhempas ketika terbang di ruang udara Sungai Dua seperti yang tular di laman sosial Facebook.

Menurut kenyataan Bahagian Perhubungan Awam TUDM, kejadian seumpama itu tidak berlaku sebaliknya pihaknya sedang menjalankan latihan sempena pembukaan dan pertunjukan udara menjelang Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2017 17.

Sumber : Bernama, SinarHarian, Sebenarnya

Article Categories:
Berita · Isu Semasa Dalam Negara