Cara Graduan Boleh Bersedia Dari Segi Mental Selepas Habis Belajar

March 15, 2017

Facebook aku hari ini dan semalam dibanjiri oleh ramai kawan-kawan yang dah graduasi. Tahniah aku ucapkan kepada semua yang telah graduate, korang telah berjaya menghadapi rintangan awal dalam hidup.

Ok ay serius kejap, korang tahu tak?Korang dah berjaya buat ibubapa korang gembira sangat ada anak macam korang. Korang telah berjaya buktikan pada pakcik makcik, jiran sebelah, adik-beradik tok su belah mak, nenda dan banyak lagi orang lain yang korang ni dah berjaya dapat ijazah (jadi boleh dah nak kawin anak Makcik Midah tu).

Korang dah berjaya melepasi pemikiran orang dulu-dulu yang selalu kata kena belajar sampai ke menara daging, eh gading. Baru boleh hidup sempurna. Korang dah ada benda nak tunjuk bila mohon kerja nanti, atau buat apa-apa nanti orang boleh usulkan kualifikasi korang.

Banyak lagi lah kalau nak disenaraikan.

Tapi ada juga something yang aku dah alami dan rasanya nak bagi korang tahu agar lebih bersedia hadapi ekonomi dunia yang semakin mencabar ni. Sebab aku takut, aku takut ramai yang dah grad ni masih tak tahu nak buat apa dengan hidup mereka..

FAKTA:
Tahu tak 16 daripada 20 orang aku jumpa yang dah ‘GRADUATE’ masih tak tahu apa yang diorang nak buat untuk seluruh hidup diorang? Sama lah macam aku dulu. Pui..

1. Letak dalam pemikiran bahawa lepas ni aku akan hadapi dunia sebenar. Apa yang aku belajar dalam universiti ataupun belajar sendiri akan diguna pakai untuk tentukan perjalanan masa depan aku. Tahun yang seterusnya adalah tahun untuk korang mula berjuang habis-habisan.

2. Don’t get me wrong, education is really important tapi macam biasa ada di antara kita yang tak pastu pun sebab apa kita ambil kursus yang kita buat tu. Dalam kepala kita hanyalah nak bagi dapat degree. Kan? Ke aku sorang saja yang rasa begini?

3. Kehidupan korang baru bermula sebenarnya. Sekarang dah tiba masa untuk tidak bergantung kepada ibubapa lagi. Dah tiba masa untuk kita pula yang bahagiakan ibubapa kita. Kalau yang memang ibubapa dah kaya tu tahniah lah.

4. Kenyataan yang korang kena terima juga ialah sijil yang korang dapat ni tak semestinya akan buat korang berjaya dapat kerja dan dapat gaji 10,000 sebulan terus.

Sekarang ni hampir semua syarikat akan tanya apa pengalaman kerja atau apa real things dalam industri yang korang pernah buat sebelum ni? Kemudian baru diorang tengok sijil korang sebab dia tak nak buang masa nak kena latih kau untuk buat satu-satu. Kerja pula baru nak pandai.

5. Jangan ada sangat mindset “fuhh aku dah grad ni, nak balik kampung rehat kejap dalam 4, 5 bulan. Teruk ooo aku struggle masa belajar. Nanti lepas 2, 3 bulan aku cari kerja lah.”

Kalau ada pemikiran macam ni, cepat-cepat tampar kepala sebab kurang tepat. Bayangkan waktu korang tengah rehat tu, orang lain semua sibuk minta kerja dan hanya ada beberapa syarikat saja yang akan tengok sijil dulu baru pengalaman.

Jadi kalau tak ada pengalaman, lambat minta kerja, macam mana nak dapat kerja? Selalunya kalau yang sedang intern waktu ni korang dah boleh cuba untuk goda syarikat intern korang tu agar mereka bagi kerja sepenuh masa lepas ni atau dah mula cari kerja di tempat lain.

Bukan tak boleh rehat, rehat lah. Tapi mohon lah dulu kerja semua siap dan pergi lah bercuti atau buat apa yang korang teringin nak buat.

6. Kalau yang tengah hangat bercinta masa belajar, kalau ada duit dah boleh kahwin terus. Kalau yang baru nak bercinta rikels dulu. Cuba fikir tentang masa depan dan fikir bagaimana nak bahagiakan ibubapa korang dulu. Jangan angau sangat pula.

7. Untuk yang nak sambung master, tahniah sebab korang nak kena banyak lagi cari ilmu. Tapi kalau sambung master sebab tak tahu nak buat apa lagi atau takut nak hadapi ‘real life’ sila fikir betul-betul-betul. Umur kita bukan masih muda.

Eh, jangan takut pula tau bila baca perkongsian aku ni sebab seriously congrats sebab dah berjaya grad. Now its time for your next move! Tu je nak bagitau. –TheVocket

 

“IF YOU RECENTLY GRADUATED, YOU ARE ENTERING THE GREATEST 5 YEAR WINDOW OF YOUR LIFE” – Gary Vaynerchuk.

 

Article Tags:
· · · · · · · · ·
Article Categories:
Inspirasi · Kembara Hidup · Motivasi · Nasihat · Tips