Perairan Pulau Kapas Tidak Selamat Kerana Gangguan Ikan Jerung

March 15, 2017

Tular di media sosial bahawa perairan Pulau Kapas tidak lagi selamat kerana terdapat gangguan ikan jerung adalah palsu.

Jabatan Taman Laut Terengganu mengatakan tiada amaran mengenai kehadiran ikan jerung diletakkan di sekitar Pulau Kapas.

Jabatan itu juga menafikan gambar yang memaparkan seekor jerung ditangkap di perairan Pulau Kapas, sebaliknya menjelaskan mamalia itu ditangkap kira-kira satu batu nautika dari Taman Laut Pulau Kapas.

Sumber : MStar, BeritaHarian, Sebenarnya

Article Tags:
· · · · · · · ·
Article Categories:
Berita · Isu Semasa Dalam Negara

Comments are closed.