Wanita Cedera Jari Kaki Dalam Insiden Travelator

March 10, 2017

Seorang wanita mengalami kecederaan di ibu jari kakinya selepas tersepit di sebuah travelator di sebuah pusat beli belah di Subang Jaya. Jurucakap pusat beli belah itu memberitahu The Star bahawa insiden itu membabitkan seorang wanita 38 tahun.Menurut satu kenyataan di Facebook pusat beli belah berkenaan hari ini, kejadian berlaku ketika wanita itu sedang menyelusuri antara tingkat LG dan B1 menggunakan travelator itu.

Sementara itu, Kosmo! melaporkan Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya, Hazinan Md. Yusof berkata tujuh pegawai dan anggotanya dikerahkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada 4.10 petang.

Sebaik tiba di lokasi itu empat minit kemudian, kami mendapati kaki kiri wanita tersebut masih tersepit dan pihak penyelenggaraan sedang cuba mengeluarkan kaki wanita tersebut.

Pihak bomba yang berada di lokasi turut membantu dan berjaya mengeluarkan kaki wanita itu kira-kira 10 minit kemudian,” katanya.

Foto yang tersebar menerusi WhatsApp menunjukkan sandal yang dipakai oleh wanita tersebut tersepit di travelator berkenaan.

Sumber : TheStar & Kosmo

Article Tags:
· · · · · · · · · · ·
Article Categories:
Berita · Isu Semasa Dalam Negara