Anda Pernah Buat Hubungan Seks Dengan Makhluk Ghaib ?

February 23, 2017

Ramai yang mengadu kononnya pernah melakukan hubungan seks dengan makhluk-mahluk ghaib sama ada dengan rela atau tanpa sedar. Kalau di Malaysia terutama dalam kelompok Melayu ‘Orang Minyak’ ler perogol bersiri paling popular. Ada lagi makhluk lain tau.

Popobawa :-

Popobawa adalah makhluk bermata satu dan mempunyai zakar yang besar. Kononnya, makhluk ini suka mengekori lelaki dan wanita di Zanzibar, Afrika.

Makhluk ini boleh berubah menjadi haiwan mahupun manusia. Makhluk ini biasanya mensasarkan dan merogol para mangsanya pada malam hari, dan tidak membezakan lelaki, wanita, dan kanak-kanak.

Trauco and La Fiura :-

Makhluk ini berasal dari pulau di Chile bahagian selatan. Makhluk ini mempunyai kekuatan dengan tatapan mata untuk melumpuhkan kaum wanita sebelum berhubungan seks dengan mereka. Makhluk ini digambarkan berwajah hodoh dan berbentuk seperti goblin dengan memakai penutup kepala dan jubah.

Beberapa laporan mengatakan, makhluk ini juga tidak perlu berhubungan langsung dengan mangsanya, tetapi cukup dengan tatapan matanya boleh membuat mangsanya hamil.

Succubus and Incubus :-

Succubus adalah syaitan wanita yang berparas menarik dan boleh menggoda para lelaki untuk berhubungan seks dengannya. Kononnya makhluk ini diyakini sebagai refleksi dosa manusia yang berkaitan dengan seks terhadap wanita.

Incubus adalah versi lelaki dari Succubus. Incubus akan menyerap tenaga para mangsanya. Berbeza dengan Succubus, Incubus menghamili mangsanya dengan benih Incubus.

Dan kelak bayinya lahir, bayi tersebut tidak mempunyai denyut dan tidak bernafas. Setelah berusia 7 tahun, bayinya menjadi normal serta mempunyai kecerdasan tinggi. Menurut legenda, ahli sihir Merlin diyakini adalah hasil dari hubungan antara Incubus dan manusia.

Lilu :-

Dalam cerita rakyat Yahudi, Lilu adalah syaitan yang suka mengunjungi wanita di ketika tidur. Versi wanita dari Lilu adalah Lili. Syaitan ini merupakan kerisauan para ibu kerana mereka kerana mahkluk ini juga suka menculik kanak-kanak.

Lilu dan Lili suka melawat para mangsa pada malam hari untuk menghasilkan benih keturunan demi kesinambungan bangsa mereka.

Liderc :-

Popular dikawasan utara Hungary, kononnya makhluk ini dikenali sebagai Liderc. Makhluk itu menetas dari telur ayam hitam, dan sering disembunyikan dalam poket.

Makhluk ini masuk ke rumah melalui lubang kunci. Setelah masuk, mereka akan berubah menjadi manusia yang mirip dengan ahli keluarga mangsanya. Makhluk ini memperkosa mangsanya dan selepas itu membuat rumahnya menjadi sangat kotor sebelum pergi.

Beberapa laporan mengatakan, Liderc menjadi betah dengan mangsanya dan tidak mahu melepaskannya. Sehingga ke hari ini, sudah menjadi kebiasaan bagi masyarakat di Hungary untuk memijak dan memecahkan telur yang keluar dari ayam hitam agar terhindar dari makhluk itu. –KMD

P/S : Masa nak tidur tu pakai lah pakaian yang elok-elok sikit. Jangan la sexy sangat. Ok?

Article Tags:
· · · · · · ·
Article Categories:
Informasi · Misteri · Viral

Comments are closed.