7 Planet Seumpama Bumi Dijumpai Oleh NASA

February 23, 2017

NASA, agensi angkasa yang terkenal dengan pelbagai penemuan, hari ini mengumumkan yang mana mereka telah menemui sistem solar baru yang mengandungi sekitar tujuh planet pada saiz Bumi. Menariknya mengenai penemuan ini adalah dimana ia dijangka ketujuh-tujuh planet ini mempunyai kandungan cecair – iaitu komponen utama dalam kehidupan berkembang dalam sesuatu planet.

Menurut NASA, ini adalah kali pertama banyak planet yang ditemui seumpamanya dalam satu sistem solar. NASA memanggil bintang utama yang dikelilingi oleh planet ini sebagai Trappist-1 – dan ia terletak sekitar 40 tahun cahaya jaraknya daripada Bumi.

NASA turut mengatakan, berdasarkan kepada ketumpatan, kemungkinan ke semua planet ini berbatu-bata. Kedudukan planet juga dikatakan adalah dekat antara satu sama lain, berbeza dengan sistem solar kita. Ia dikatakan, sekiranya seseorang ada dalam satu planet, mereka boleh melihat planet lain dengan mudah daripada lokasi mereka. Terdapat juga kemungkinan yang mana bahagian planet yang terdedah ke bintang dalam sistem solar berkenaan adalah sama – berbeza dengan di Bumi yang ia berputar. Ini mungkin membuatkan keadaan di planet berkenaan sebahagiannya malam sepanjang masa, dan begitu juga sebaliknya.

Seperti biasa, penemuan ini membolehkan pencarian lanjut sama ada hanya kita sahaja makhluk yang hidup di ruang angkasa, ataupun terdapat makhluk lain.

NASA dijangka melancarkan James Webb Telescope pada 2018 kelak, dimana ia mungkin membantu manusia mempelajari lebih lanjut mengenai sistem Trappist-1 ini. Ia bakal membantu pengenal-pastian bahan seperti oksigen, cecair, dan sebagainya dalam planet berkenaan. –Amanz

Article Tags:
· · · · · ·
Article Categories:
Berita · Isu Semasa Luar Negara

Comments are closed.