Penjelasan Mengenai Penyerahan Proton Kepada China

February 15, 2017

Dah sejuk ke belum isu Proton dengan Geely hari tu? Kalau dah sejuk, aku pulak nak komen sikit ni. 😄

Masa tengah panas hari tu memang saja tak nak mencelah. Hati tengah panas, mana boleh nak bawak berbincang ye dak? Hehe. Ni dah cool sikit, boleh la kot kita sembang tenang-tenang na.

Ok.

Katanya ada syarikat China nak beli Proton. Macam ni bang. Kena rephrase sikit ayat tu. Ada syarikat China yang nak beli KILANG Proton. Bukan nak takeover company Proton. Ni aku share kan chart yang aku ambil dari annual report DRB.

Nampakkan? Proton Tanjung Malim (yang bawah) ni adalah salah satu daripada anak syarikat Proton Holdings (kat atas). So, first sekali, harap-harap yang bertekak gila-gila tu boleh beza la antara dua entity ni.

Dan ya, Proton adalah 100% hak milik DRB-Hicom. Err, tau kan? Dah lama dah Khazanah jual Proton ni pada DRB. Dari tahun 2012 lagi. Ka ada yang masih dok rasa Proton ni Khazanah punya?

Yang aku nak highlight kat sini, jauh bezanya bila kita tersalah faham. Yang depa nak beli, kilang Proton kat Tanjung Malim. Itu pun 51% saja katanya. Dan setakat ni, tak confirm pun lagi. Baru dengar-dengar saja.

Ok. Kenapa depa nak jadi shareholder kat kilang Tanjung Malim tu?

Antara main reason nya adalah sebab kilang Tanjung Malim tu currently underutilised. Masa buat dulu, kita buat besaq-besaq. Maximum capacity kilang tu, boleh produce sampai 1 juta unit setahun. (Sebagai perbandingan, kilang di Shah Alam max capacity 230,000 unit setahun). Tapi itulah. Yang keluaq dari kilang Tanjung Malim la ni setahun cuma 150,000 saja.

Kes tu yang orang berkenan sangat dengan kilang Tanjung Malim ni. Sebab once dapat ja, boleh utilise terus. Benda dah ada. Tinggal nak guna saja. Dan most likely, bila ini berlaku (increase in utilisation), it will benefit our local work force juga. Akan wujudlah peluang pekerjaan baru untuk support operation kilang.

Kalau nak sembang kemaih, petik la jargon ‘Economies of scale’. Tapi kita tak payah nak sembang canggih-canggih sangat la. Cakap biasa sudah.

Maknanya, bila kita produce banyak, fixed cost untuk setiap produk tu akan jadi lebih rendah. Alahh, macam kita order kad kahwin la kaedahnya. Hang order 50 keping, mahal la. Tapi kalau order 500 keping, dapat la murah sikit. Faham kan? Ha, tu la economies of scale.

Dan ini juga antara faktor kenapa Proton susah nak launch model baru. Sebab kuantiti yang dijual tu susah atau lambat nak cecah point break even. Sales selow sangat. Nak tak nak, kena la jual lama sikit untuk sampai tahap break even. Then baru boleh bawak keluaq kereta baru. Tadi aku terbaca ada analyst estimate kalau Proton nak break even, kena produce at least 100,000-120,000 unit setahun.

Masalahnya, bila lama sangat tak keluaq kereta baru, brand lain pulak ambik kesempatan celah-celah tu. Depa upgrade latest spec yang canggih-canggih, letak sebelah kereta Proton yang launched berapa tahun sudah. Habis la. Dan kita pun tertarik la kat brand-brand lain tu. Kannn? Teruss lupa kat Proton. Sebelum kita nak bertekak jauh-jauh, aku nak ajak take one step back dulu. Depa nak bergaduh, biaq pi kat depa. Kita bagi faham cerita dulu, ok?

Kenapa yang Proton nak kena cari strategic partner ni?

Kalau hangpa ingat, bulan April tahun lepas govt ada announce RM1.5bn soft loan nak bagi pada Proton. Nak tolong untuk bayaq kat vendor terutamanya. Tapi tak boleh la lambak macam tu ja duit tu. Ada la beberapa syarat.

Dan salah satu syaratnya, ini lah. Proton kena cari strategic partner untuk expand business dia. Both, local and international market. Jadi, kalau nak govt tolong, Proton kena la tunjuk business model macamana depa nak buat sampai company untung balik.

Just nak share dengan hangpa. Yang kita dok pumpang2 sangat ni, kita ada tak support beli kereta Proton?

Bukan apa. Kebelakangan ni, walaupun Proton dah buat macam-macam improvement, sales depa tetap menurun. Itulah nak kena faham. Patriotik patriotik jugak. Tapi kalau asyik rugi ja, macamana? Dah berapa lama Proton ni tak bayaq cukai (sebab asyik rugi ja).

Rugi pun sebab kita sendiri jugak yang tak support Proton. Kita taknak beli kereta Proton sebab kita kata Proton tak bagus. Tapi bila Proton buat plan macamana nak elak daripada terus rugi, kita marah pulak. Dan-dan kita kata kita sayang brand negara kita.

Sebelum ni, kita pun tak la familiar sangat dengan nama Geely ni. Tapi bila orang politik kait pulak dengan “China”, dan-dan tu kita melompat. Habih kita kait dengan semua benda (walaupun macam tak betui sangat kaitan tu). Yelah, sebab tengah marah kann. Petik je la mana yang dan.

Ada tak kita check macamana track record Geely ni? Dia take control Volvo daripada Ford tahun 2010. Masa tu Volvo pun loss making jugak. Tapi tahun 2016, Volvo achieve new record sales. Erm. Maybe tak menarik sangat kot cerita-cerita macam ni.

Dan kalau hangpa rasa siapa yang join Proton ni terus buat duit senang-senang ja, mungkin hangpa silap. It would take at least a few years for Proton to turn around. In fact, first few years tu silap-silap makin teruk rugi dia sebab kos untuk streamline kan balik business operations post-acquisition.


Bang, Proton ni rugi dia billion tau bang. Dia dah tak main rugi juta-juta. Haha.  Mana tak nya. Tahun lepas depa jual 72,000 unit ja (vs. 2015: 102,000). Bila sales makin jatuh, rugi pun makin banyaklah.

Rugi pulak, FY2016 net loss RM1.46bn (vs. FY2015: loss RM646mil). Tapi kita kat FB ni dok kesian-Proton-nak-kena-jual. (Tak pulak kita nak tolong beli kereta Proton).  Anyway. DRB dah cakap diaorang akan tetap maintain pegangan yang significant dalam Proton. Depa ada lah strategy depa jugak.

Depa akan tengok dari segi strategic e.g benefits yang tangible macam teknologi. Depa akan tengok operational and structure yang lebih kurang dengan Proton. Senang nak blend. Dan depa juga akan tengok dari segi cultural fit. Tengok ada chemistry tak yang nak join ni. Kalau dak nanti terkejut pulak boss mat saleh tu mai-mai tengok engineer dia tengah sedap tidoq (contohh).

Dan calon-calon tu semua masih dalam pertimbangan. Jangan confident sangat Geely yang dapat. Tup-tup PSA (Peugeot & Citroen) yang dapat nanti. Hehe. Personally, walaupun govt takdak direct stake dalam Proton, tapi aku rasa, aku rasa, govt akan tetap monitor dan jaga company yang satu ni.

Sebab kita bercakap tentang 60,000 pekerja yang bergantung pada ekosistem Proton ni. Dari pekerja kilang Proton, sampailah ke vendor. Proton ni national interest. Kalau betul Proton bungkus, apa jadi pada diaorang ni? Last but not least, ada satu lagi benda aku nak bagitau. Sebenaqnya, kilang Perodua kat Rawang tu, er, 51% Daihatsu pegang.

Penulis : Faiz Pire

Article Tags:
· · · · ·
Article Categories:
Viral

Comments are closed.