Lima Tip Romantis Buat Anda Dan Pasangan Berdasarkan Kisah Benar

February 14, 2017

Perkahwinan merupakan suatu perkara yang dituntut oleh al-Quran dan sunnah Rasulullah saw. Perhubungan suami isteri merupakan satu rahmat dan tanda kebesaran Allah kepada umatnya. Bagaimanapun dalam melayari kehidupan berumah tangga sudah tentu tidak dapat dielakkan perselisihan faham antara suami isteri sama ada berpunca daripada suami ataupun dari pihak isteri.

Romantik! Perkataan ini sering meniti dibibir-bibir setiap wanita. Perbuatan yang didambakan oleh setiap perempuan pada pasangan mereka.

Terdapat pelbagai cara untuk menunjukkan seseorang itu romantik, sama ada dari segi ucapan atau pun perbuatan.

Berikut merupakan sedikit tip kebahagiaan rumah tangga yang dikongsi oleh tiga pasangan suami isteri yang dipetik daripada buku Pilo Toq terbitan Puteh Press.

Buku Pilo Toq ini merupakan kisah cinta OP Zaharin, Azzam Supardi, dan Bahruddin Bekri bersama isteri mereka.

1. Ambil Berat

Perasaan mengambil berat yang dimaksudkan ialah perasaan yang timbul dari keikhlasan kerana kasih sayang. Contohnya, barang yang saya (Azzam Supardi) sayang, jam jenama FOSSIL pemberian Cikgu Ruby misalnya, kerana sayang, saya akan menjaganya, tahu dimana letaknya, pakai pun penuh hati-hati.

2. Memahami dan Mengingati

Setelah habis makan nasi bersama seekor ikan jaket bakar, si suami Azzam Supardi mengemas apa yang patut. Dia tahu, isterinya, Cikgu Ruby mesti penat apabila pulang nanti dan tak larat untuk mengemas.

Jadi, atas dasar memahami jiwa Cikgu Ruby, ada baiknya dia buat apa yang terbaik supaya sejuk mata Cikgu Ruby memandang.

Selalunya kalau si suami terlupa handphone letak dimana, si isteri akan meminjamkan handphone dia dan buat miss call ke handphone si suami. Nanti berbunyilah bawah kerusi ke bantal ke meja ke.

Tapi kali ini spek, dan Cikgu Ruby kata, “Cuba call.”

See… mengingatkan, kan?

3. Puji Isteri

Cikgu Ruby tidak suka jika dipuji depan-depan. Oleh itu, si suami Azzam Supardi cuba cara lain. Sambil makan, si suami bercerita,

“Dulu masa lepas akad nikah, kawan-kawan bisik, ‘Wah boleh tahan cantik isteri kau tu ya… Tapi malanglah awak dapat suami macam steamroll.”

Terkekek-kekek Cikgu Ruby gelak. Si suami tidak kisah, dalam diam dia telah memuji kecantikan isterinya.

4. Hormat Pasangan

Ketika mahu turun ke bawah, Bahruddin Bekri mendengar suara adik iparnya, dia berhenti sejenak di hadapan tangga.

“Kakak ni, kalau cakap dengan aku mesti suara kuat. Kalau cakap dengan abang, suara kecil lembut je.”

Bahruddin Bekri terdiam.

Dia akhirnya terfikirkan sesuatu tentang cinta. Tentang cintanya. Oleh kerana terlalu mahu mencari yang besar, dia terlupa dan langsung tidak terlihat pada bukti yang lembut lagi kecil.

5. Tolak Ansur

Minat genre cerita yang berbeza antara suami isteri iaitu Mulan suka cerita hantu dan kartun. Manakal OP Zaharin pula meminati genre sci-fi dan aksi.

Cita rasa filem mereka tak sama, tapi itu bukan bermakna mereka tonton filem kegemaran Mulan, pada minggu seterusnya giliran genre si suami, OP Zaharin pula. Tolak ansur dan ‘situasi menang-menang’.

Jarang sekali lelaki nak ‘berpillow talk’, tapi jika mengamalkannya boleh jadi “Lelaki Melayu Terakhir”.

Sumber : TheVocket

Article Tags:
· · · · ·
Article Categories:
Keluarga · Perkahwinan

Comments are closed.