GoPro Karma Grip Mulakan Jualan Di Malaysia Pada Harga RM1599

February 13, 2017

GoPro pada pengenalan Hero5 tempoh hari, telah turut memperkenalkan dron mereka, selain penstabil kamera yang dipanggil sebagai GoPro Karma Grip. Kini, aksesori berkenaan telah pun mula ditawarkan di Malaysia pada harga RM1599.

Melalui GoPro Karma Grip, ia menyokong Hero5 Black (atau turut boleh digunakan bersama-sama Hero4 Black dan Silver melalui cagak khusus). Ia membolehkan pengguna merakamkan video yang stabil dan lancar – walaupun ketika sedang bergerak atau melakukan aksi lancar.

Seperti biasa, anda boleh memegangnya secara manual, atau memasang Karma Grip ini pada badan atau sebagainya untuk merakamkan pelbagai aksi lasak. Bagi anda yang berminat, boleh mendapatkan GoPro Karma Grip pada harga RM1599 daripada para pengedar rasmi tempatan. –Amanz

 

Article Tags:
· · · · ·
Article Categories:
Informasi · Teknologi

Comments are closed.