Yang Hilang Jangan Dirunguti Yang Ada Disyukuri

February 13, 2017

Jangan merungut apa yang hilang, syukuri apa yang masih ada…

Assalamualaikum….

Pagi ni bangun tidur dah baca DOA? Rasa bersyukur tak masih hidup sehingga ke hari ini? Ucaplah Alhamdulillah…. Syukur.. Allah swt masih memberi kesempatan kepada kita untuk bisa bernafas menghirup udara yang segar… Sihat wal afiat..tiada cacat mana-mana anggota badan. Alhamdulillah…

Pernahkah Kita merungut bila ada barang kita hilang? Pernah kita membebel bila ada yang kita tak puas hati dengan perkara yang berlaku kepada kita? Marah dan geram kah kita bila kita sakit? Atau rasa kehilangan orang yang Kita sayang sangat-sangat.. Sudah tentu pernah kan?

Ya ! Kerana kita ini manusia biasa…yang lemah…Dan sudah menjadi fitrah Kita sebagai seorang manusia biasa…tapi Cuba kita muhasabah diri ini…sampai bila Kita nak terus merungut? Sampai bila ? Ingatlah..sekecil-kecil perkara apa pun yang Kita tak suka atau sesuatu terjadi kepada Kita, itu kerana Allah sudah takdirkan ia sedemikian rupa…Allah rindukan rintihan hambaNya…Ada hikmah di balik setiap apa yang berlaku.

Allah sendiri berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat 286:

” Dan aku tidak memberatkannya melainkan apa yang terdaya olehnya”…

Ingat dan kunci rapat-rapat dalam hati bahawa Allah tidak pernah kejam. Dia hanya menguji kita dengan apa yang kita mampu lalui. Dia tidak akan menyusahkan hambaNya untuk sesuatu yg HambaNya tidak mampu. Subhanallah… Sayangnya Allah pada hambaNya…

Tapi perlu kita bertanya kepada diri kita sendiri, sayang kah Kita pada Allah? Rasa diri ini tersangat hina..sangat kerdil. Manusia ini bagaikan kuman di hujung kuku seekor lalat sahaja jika dibandingkan dengan Allah Swt…tapi kenapa masih ramai yg menafikan dan tidak yakin bahawa Allah itu Maha Penyayang , Maha Mengasihani. Allahuakbar.. Astaghfirullahalazim…

Cuba Kita lihat apa yang kita dah ada…bagaimana kehidupan Kita Sekarang? Adalah kita rasa susah? tak cukup makan ke? Cacat ke? Miskin? tiada barang-barang mewah Dan tak mampu gajet-gajet canggih? Tapi pernah tak Kita banding diri Kita dgn org yg lebih susah? Ada org yg tidur berlantaikan Tanah yang merekah, berbumbungkan langit…yg pasti basah di Kala hujan Dan pasti rasa bahangnya ketika panas. Sedangkan ramai antara kita tidur dalam keadaan nyaman dengan penghawa dingin yang mahal. Pernah tak Kita terfikir bagaimana pula kehidupan org yang tinggal dalam rumah sampan seperti di salah satu perkampungan di Kemboja. Satu paip air pun kena berkongsi dengan satu Kampung…

Kalau Kita diuji dengan sakit atau kehilangan orang yg kita sayang. Ingatlah bahawa Allah rindu pada rintihan kita padaNya. Dia rindu pada hambaNya… Dia rindu dengar kita berdoa kepadaNya… Waktu Kita senang pula.. Jangan lupa untuk ucapkan Alhamdulillah semoga sekecil-kecil nikmat Dan rezeki itu mendapat keberkatan Allah.

Namun, kalau kita tidak pernah merasa perasaan sedih, kecewa atau marah saat diuji, adakah kita akan berdoa meminta Allah menolong kita? Adakah kita akan berdoa momohon petunjuk daripada Allah? Manusia kebanyakannya lebih suka mencari Allah di kala susah dan melupakanNya di kala senang. Sebenarnya kita perlu tahu bahawa perasaan sedih yang merupakan sebahagian dari fitrah diri itu sendiri yang membuat kita sedar akan kerdilnya diri ini.

Cuma janganlah terlalu terbawa-bawa dengan perasaan itu sehingga kita melakukan perkara-perkara yang mengundang kemurkaan Allah S.w.t seolah-olah kita tidak reda dengan apa yang Allah telah tetapkan kepada kita.Sebenarnya saya terpanggil untuk mengisi masa lapang yang ada pada ketika ini untuk mmbuat penulisan dari satu ungkapan watak Rahim dalam drama Cinta & Wahyu, sequel kepada drama Warkah Cinta yang pernah disiarkan di TV alHijrah. Ayatnya ialah tajuk penulisan yang kalian baca ketika ini.

“Jangan merungut sesuatu yang hilang, syukuri apa yang ada..”

Sekian saja daripada saya,

Assalamualaikum..

Article Tags:
· · · · ·
Article Categories:
Dakwah · Tazkirah

Comments are closed.