Sagu Pelangi Sepelangi Hatiku

February 8, 2017

Bismillahir Rahmaanir Raahim… Teringin untuk kongsi kuih yang sangat ceria, senang dan sedap. Kuih tradisonal ni diinovasi sikit supaya waktu hendak makan tu nampak macam tertarik sikit. Resepi ni diambil dari majalah masa tempat saya bekerja dulu, moga pahala sentiasa mengalir bila pembaca mencuba resepi ciptaanya.

Kalau hendak buat minum petang tu sesuai sangatlah atau bawak buah tangan ke rumah mak mentua pun ok juga. Mesti mak mentua kata..”Pandai menantu aku buat kuih..lembut dan sedap.”

Bahan-bahan :

1) 250g Sagu

2) 150 ml Santan (perahan yang pertama)

3) 30 g Kelapa parut

4) 130 g Gula (siapa tak suka manis, boleh kurangkan sikit)

5) Sedikit kelapa parut yang putih sahaja (untuk hiasan)

Cara masakan :

  1. Rendam sagu dalam air selama 10 minit. Kemudian tos kan air dan ambil sagunya.

  2. Campurkan sagu tadi dengan santan, kelapa parut dan gula. Gaul rata.

  3. Asingkan kepada 3 bahagian dan titikkan sedikit pewarna mengikut warna pilihan anda. (Contoh: kuning, hijau, merah)

  4. Kemudian, sediakan loyang yang telah dialas plastik supaya senang apabila dipotong nanti.

  5. Masukkan bancuhan warna yang pertama ke dalam loyang. Setiap warna perlu dikukus selama 30 minit.

  6. Selepas 30 minit, masukkan pula bancuhan warna yang kedua dan kukus 30 minit. Bancuhan warna ketiga diulang seperti langkah 5.

  7. Dah sejuk, baru potong dan digaul dengan kelapa parut putih.

Alhamdulillah, mentua pun senyum bila makan. Penyediaanya mudah cuma masa mengukus lama sedikit. Memandangkan setiap lapis kukus 30 minit, kalau 3 lapis, masa keseluruhan yang diperlukan lebih kurang 2 jam termasuk cara- cara penyediaan.

Tapi tak rugi buat sebab rasanya sedap, lemak- lemak walaupun tak digaul kelapa, tak manis sangat, lembut, yang penting senang dikunyah. Selamat mencuba.

Penulis : Nur Ain Jamali

Article Tags:
· · ·
Article Categories:
Keluarga · Resepi

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *