Gambar Bas Lama Dan Sejarahnya

February 7, 2017

Bas Hino tanpa hawa dingin (no plet NT 8555) Kenderaan Labu Sendayan dengan livery lama kuning putih.

Gambar diambil di Terminal One, Seremban pada tahun 1997 walaupun pada ketika itu bas ini digunakan untuk laluan Kuala Lumpur- Nilai- Sepang- Sungai Pelek (menurut papan laluan di cermin depan bas).

Tidak lama selepas gambar ini diambil semua bas Labu Sendayan dijenamakan TRANSNASIONAL dengan livery kelabu coklat, dan semua bas laluan ini ditukar kepada bas baru yang berhawa dingin.

Aneka Jasaramai Ekspres (大眾通用長途車有限公司)

Bas MAN 16-290 Sri Maju Group (no plet ACR 7288) dengan badan bas Seng Seng Motor di Jalan Robertson, Pudu pada awal tahun 1999. Permit bas bawah Aneka Jasaramai Ekspres.

Bukan senang nak dapat naik bas ini sebab dalam fleet Sri Maju cuma ada beberapa buah MAN… dan selepas keluar beberapa unit ini Sri Maju beralih kepada Scania & Hino (sehingga sekarang). Pada masa itu semua bas Sri Maju sudah menggunakan livery bunga raya dengan belang biru/ perak.

Bas Hino AK Tourworld Ekspres (no plet WCV 8259) dalam livery asal sedang mengisi minyak di stesen BP Batu Caves (masa tu belum ada BHP lagi) pada tahun 1998. Pada ketika itu bas dalam perjalanan dari Kuala Lumpur (Puduraya & Pekeliling) ke Kuantan.

Bas Mercedes LP 911 Regal Transport (no plet DB 105) sedang menunggu penumpang di stesen lama Regal, pekan Tanah Rata tahun 1998. Keadaan dalaman & luaran jauh lebih baik berbanding DB 103.

Laluan 155 Tanah Rata- Brinchang- Sungai Palas (Ladang Teh Boh) ketika penulis menaiki bas ini. Memang seronok duduk di kerusi depan… dapat bersembang dengan pemandu/ konduktor sambil menikmati pemandangan indah & angin segar dari Ladang Boh. Pada ketika itu cuma ada 5 trip sehari ke Sungai Palas & jalan ke ladang Boh tidak banyak kereta.

Bas Pesaka Suajaya (M) Sdn. Bhd. (no plet ACK 122) di Medan Kidd, Ipoh pada tahun 2001.
Laluan Butterworth-Ipoh pada masa itu.
Bas paling lama dalam fleet Sabak Bernam Kenderaan Co. Bhd. (no plet BBR 7238) laluan Sabak Bernam- Sungai Air Tawar- Parit Baru Baroh pada tahun 2000. Pintu bas juga sudah hilang.

Bas Mercedes Sabak Bernam Kenderaan Co. Bhd. (no plet BCP 6829) laluan ke Sg. Air Tawar/ Parit Baru Baroh di hentian bas pekan Sabak Bernam pada tahun 1997.

Seingat penulis pada tahun 80-an & 90-an taukeh syarikat Green World Travel & Tours di Banting mempunyai 2 buah bas sekolah dengan badan bas yang sama tapi Mercedes berhawa dingin (no plet BCM 8802 & BCN 8802).

Bas Meru Ekspres no plet ACN 6673 (laluan Kuala Lumpur-Ipoh) dalam livery Super Ria di Medan Kidd, Ipoh pada tahun 1997.

Ketika itu tiket kerusi Super VIP 2+1 untuk Kuala Lumpur ke Ipoh cuma RM 9.50. Zaman kegemilangan bas Super Ria.

Bas Nissan Silver Interstate Ekspres no plet WGC 2799 selesai menurunkan penumpang dari Pulau Pinang & Butterworth di hentian bas Menara Maybank pada Mac 1999. Laluan Kuala Lumpur- Butterworth- Pulau Pinang.

Koop Bukit Kuantan (Koperasi Bukit Kuantan Berhad).

Bas Koperasi Bukit Kuantan menyediakan perkhidmatan bas dari Kuantan ke beberapa kawasan Felda seperti Bukit Kuantan, Bukit Goh, Panching Timur, Lepar & Neram. Perkhidmatan bas tidak begitu kerap kerana bilangan penumpang yang terhad.

Setiap kali penulis menaiki bas Koop Bukit Kuantan pemandu & konduktor akan menasihatkan penulis berpatah balik ke Kuantan dengan bas yang sama kerana masa menunggu yang lama untuk bas seterusnya.

Bas Mercedes Koop Bukit Kuantan (no plet CAS 4329, ke Felda Lepar 1) adalah bas pertama Koop yang dinaiki penulis pada tahun 1998.  Memang lena tertidur sehingga dikejutkan konduktor apabila sampai di Lepar 1… kerana lepas makan tengah hari & perjalanan yang jauh.

Bas Mercedes Srijengka no plet CAC 7580 dengan livery lama putih/ kuning/ biru.

Gambar diambil di stesen bas Temerloh pada tahun 1998 & ketika itu bas ini digunakan untuk laluan Temerloh- Pusat Bandar Jengka.

Bas roti” Hino dengan no plet CP 4577 adalah bas tertua yang masih beroperasi didalam fleet Syarikat Sihat Bas sewaktu penulis mula menaiki bas Sihat pada tahun 1997.

Bas ini antara 3 bas Sihat yang masih menggunakan livery lama “beige”/ maroon (tanpa tulisan SIHAT) ketika itu. 2 lagi bas lama Sihat dgn livery yang sama adalah CQ 1400 (Hino) & CV 7911 (TATA). Jelas sekali keadaan dalaman & luaran bas ini masih dalam keadaan baik sewaktu gambar diambil pada tahun 1998.

Kebanykan bas Sihat beroperasi pada laluan 27: Kuantan- Beserah- Balok- Sungai Ular- Cherating- Kemaman dan kadangkala laluan Kuantan- Balok- Kuantan.  Malangnya Sihat menamatkan operasinya 3 tahun lepas seperti syarikat-syarikat bas lama yang lain di Kuantan seperti Bee Huat, Seng Heng Bas & Kuantan Town Bus.

Genting Highlands Transport/ GHT (雲頂汽車有限公司)

Perkhidmatan bas berhenti-henti dari Stesen Pekeliling- Genting Highlands & Raub- Bentong- Genting Highlands. Sebelum tahun 2006, ada bas berhawa dingin & tanpa hawa dingin dalam fleet Genting Highlands Transport dari jenama Hino dan Volvo.

Antara bas GHT yang jarang kelihatan di fleet lain termasuk bas Volvo B7F tanpa hawa dingin no plet CAE 8628 (dalam livery lama GHT hijau/putih). Bas ini sesuai untuk operasi GHT kerana enjinnya berkuasa untuk mendaki jalan ke Genting Highlands & dilengkapi dgn retarder Telma (magnetic retarder). Sedap bunyi ngauman enjin Volvo bila mendaki jalan ke Genting Highlands.

Dalam gambar yang diambil pada tahun Julai 2003 di stesen bas Raub, bas CAE 8628 digunakan sebagai bas ganti untuk laluan Central Pahang 508: Raub-Bentong- Kuala Lumpur.

(Nota: Genting Highlands Transport, Central Pahang Omnibus, Pahang South Union, KL- Temerloh Express Omnibus, Bulan Restu, Satria Ekspres, First Coach & Town Bus Service dibawah pengurusan yang sama).

Panther Ekspres

Satu-satunya syarikat yang menawarkan perkhidmatan dari Kuala Lumpur ke Bukit Mertajam (syarikat lain cuma berhenti di Butterworth)… sebelum ke Sg. Petani, Alor Star & Kangar.

Setiap buah bas Panther Ekspres menggunakan livery yang berbeza, dan bas WDC 3125 ini unik kerana tertera perkataan VIP pada livery bas (ketika gambar diambil tahun 1999 di Jalan Pudu, konsep bas Super VIP masih baru).

Penulis : Pustaka Abadi LHW
Article Tags:
· · ·
Article Categories:
Informasi · Sejarah · Viral

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *