Teory of Synchronicity / Deja-Vu yang sangat pelik !

February 6, 2017

Teory of Synchronicity sering dikaitkan dengan teori Deja-vu. Sebenarnya, teori Deja-vu lebih kepada pengalaman luar sedar seseorang. Sebagai contoh, seseorang individu pernah bermimpi kejadian yang bakal berlaku dengan beliau mengingati kesemua aspek dalam mimpinya secara terperinci. Dan apabila ia berlaku kemudian harinya, individu tersebut terus mengingati kembali(recall) mimpi yang dialaminya. Seperti Teory of Synchronicity, teori Deja-vu juga berlaku secara kebetulan.

Walaubagaimanapun, terdapat sesetengah individu yang mengalami déjà-vu tidak pernah bermimpi, namun tetap ‘merasakan’ yang mereka telah mengalami kejadian tersebut sebelumnya. Pengalaman Deja-vu tanpa bermimpi inilah yang sering dikaitkan dengan teori kelahiran semula (Teory of Reincarnation) yang mana menjadi kepercayaan utama dalam agama Hindu, Buddha, Sikh dan Jainism.

Pengasas Teory of Synchronicity..

Teori yang dikatakan banyak menimbulkan persoalan berbanding jawapan ini telah diasaskan oleh seorang professor daripada Switzerland, Carl Gustav Jung pada 1920-an. Miskipun beliau telah mengasaskan teori ini sekitar tahun 1920-an, beliau bagaimanapun hanya memperkenalkannya secara rasmi pada 1951 ketika memberi syarahan semasa persidangan Eranos. Persidangan Eranos adalah persidangan tahunan yang sudah bermula sejak 1933 yang mana ia membincangkan teori berkenaan teologi, psikologi, falsafah dan kerohanian secara serius. Ia diadakan setiap tahun di negara kelahiran Carl Gustav Jung, Switzerland.

Susulan persidangan Eranos pada 1951, beliau telah menerbitkan kertas kerja yang bertajuk Synchronicity — An Acausal Connecting Principle pada 1952. Teori yang dikemukakan oleh Jung telah menarik minat dua lagi genius yang sezaman dengannya iaitu Albert Einstein dan Wolfgang Pauli.

Pada tahun yang sama, ketiga-tiga genius ini telah bersepakat untuk berbincang secara ilmiah dan hasil daripada perbincangan tersebut, mereka bertiga telah bersepakat mengumumkan Teory of Synchronicity mempunyai keselarian dengan Teory of Relativity(Albert Einstein) dan Teory of Quantum Mechanics(Wolfgang Pauli).

Peristiwa berkaitan Teory of Synchronicity

Teory of Synchronicity telah menjadi landasan kepada beberapa peristiwa. Antara peristiwa penting yang dikaitkan dengan Teory of Synchronicity adalah tragedi tenggelamnya kapal Titanic pada 15 April 1912 di Lautan Atlantik. Untuk memahami dengan lebih terperinci mengenai teori ini, adalah lebih baik penulis sajikan kepada pembaca semua beberapa peristiwa yang berkait rapat dengan Teory of Synchronicity:

1.Tenggelamnya Titanic pada 1912

Pada 1898, penulis yang kurang dikenali, Morgan Robertson telah menyiapkan sebuah novel yang diberi tajuk Futility: The Wreck of the Titan. Novel itu bagaimanapun kurang mendapat sambutan dan ia terus dilupakan sehinggalah tersebarnya berita tenggelamnya kapal Titanic pada 15 April 1912.

Keselarian antara cerita yang ditulis oleh Robertson dan kapal Titanic yang tenggelam tersebut telah menarik perhatian ramai individu. Antaranya adalah:

Kapal yang karam dimaksudkan oleh Robertson dalam novelnya adalah Titan dan kapal sebenar yang karam di Lautan Atlantik adalah Titanic. Titan dan Titanic membawa maksud yang sama iaitu “sangat besar”.

Robertson antara lain menceritakan bahawa kapal Titan telah karam semasa jelajahnya yang pertama kalinya di bulan April akibat terlanggar bongkah ais. Ajaib sekali apabila kapal Titanic juga karam semasa jelajahnya yang kali pertama yang juga pada bulan April akibat terlanggar bongkah ais.

Karekteristik yang ditulis oleh Robertson berkenaan kapal Titan ‘beliau’ adalah mempunyai panjang 800 kaki (243 meter), mempunyai berat 75,000 tan, enjin berkuasa 50,000 kuasa kuda, berkelajuan maksimum 25 knot/jam, mempunyai empat tiub dan tiga skrew. Beliau turut menambah bahawa kapal tersebut mustahil akan karam. 14 tahun kemudian, karekteristik kapal Titanic yang karam di Lautan Atlantik hampir sama dengan karekteristik kapal Titan yang diceritakan oleh Robertson dalam novelnya.

Ia mempunyai panjang 882.5 kaki (269 meter), mempunyai berat 66,000 tan, enjin berkuasa 55,000 kuasa kuda, berkelajuan maksimum 23 knot/jam, mempunyai empat tiub dan tiga skrew.

Dalam novel Robertson, penumpang yang berada dalam kapal Titan adalah seramai 3,000 orang manakala bot penyelamat hanya 24 buah. Hampir selari dengan novel Robertson yang 14 tahun lebih awal diterbitkan, kapal Titanic mempunyai penumpang berdaftar serami 2207 orang dan mempunyai 20 buah bot penyelamat.

Sehingga ke hari ini, keselarian antara novel nukilan Robertson dan peristiwa tenggelamnya kapal Titanic masih lagi dibahaskan namun tiada penjelasan saintifik dapat dibuat. Hanya sebuah teori yang mampu menghuraikan keselarian tersebut iaitu Teory of Synchronicity.

2. Pendaratan Normandy pada 1944

Beberapa hari sebelum pendaratan Normandy pada 1944, akhbar prolifik pada zaman itu iaitu London Daily Telegraph telah mengeluarkan sebuah pertandingan teka silang kata. Namun, teka silang kata yang dikeluarkan pada akhbar daripada Britain tersebut lain daripada yang lain.

Kepada orang awam, ia adalah teka silang kata yang lazim dipaparkan pada dada akhbar, namun, bagi pegawai atasan pendaratan Normandy pada 1944 seperti Perdana Menteri Britain, Winston Churcill, Presiden Amerika Syarikat, Franklin D. Rossevelt dan pegawai-pegawai atasan tentera Pakatan Berikatan, ia adalah satu ‘pendedahan’ yang sangat memeranjatkan.

Sebenarnya, jawapan pada teka silang kata yang dipaparkan pada dada akhbar adalah kod rahsia Pendaratan Normandy yang akan memulakan operasi beberapa hari sahaja selepas teka silang kata tersebut disiarkan. Kod rahsia tersebut adalah Utah, Omaha, Mulberry, Neptune dan Overload.

Ketepatan jawapan teka silang kata tersebut telah memeranjatkan pegawai pemerintah operasi. Jesteru itu, dua orang agen M16 telah dihantar untuk mencari siapakah gerangan pereka teka silang kata tersebut. Melalui akhbar London Daily Telegraph, seorang guru yang berumur 54 tahun, Leonard Dawe telah dijejaki. Ajaibnya, guru yang tinggal di Leatherhead, Surrey tidak tahu menahu tentang operasi yang besar-besaran yang bakal menjadi salah satu detik penting kepada kekalahan Jerman di Eropah.

Berkenaan teka silang kata tersebut, beliau juga membuat jawapannya tanpa mengetahui ia adalah kod rahsia operasi pendaratan Normandy. Ia adalah kebetulan yang benar-benar memeranjatkan.

3. Misteri novel Edgar Allan Poe

Edgar Allan Poe adalah penulis paling berpengaruh di zamannya. Antara novel-novel dan puisi-puisi garapannya adalah The Raven(1845), The Black Cat(1843), The Balloon-Hoax(1844) dan banyak lagi. Edgar Allan Poe terkenal sebagai penulis yang kerap menulis mengenai alam roh dan ghaib. Kebanyakan rujukan utama beliau kitab-kitab agama seperti Bible, Taurat dan juga al-Quran. Menarik mengenai Edgar Allan Poe ini adalah beliau telah menulis beberapa puisi yang berdasarkan kepada al-Quran seperti puisi al-Aaraaf yang ditulis beliau pada usia 16 tahun. Selain itu, beliau juga menulis puisi bertajuk Israfel(1831) yang berkisar kepada malaikat Israfel yang mempunyai trumpet.

Namun, terdapat sebuah novel garapan Edgar Allan Poe yang mempunyai misteri yang tersendiri. Novel tersebut adalah Narrative of Arthur Gordon Pym of Nantucket yang diterbitkan beliau pada tahun 1838. Dalam novel tersebut, Poe menceritakan bahawa empat orang pelayar telah terselamat dalam satu tragedi kapal karam telah kehausan dan kelaparan akibat berada lama di lautan lepas. Pym dan dua rakannya telah memilih seorang pelayar yang paling muda yang bernama Richard Parker untuk dijadikan korban bagi membolehkan mereka mendapatkan ‘daging’ untuk dimakan.

Pada 1884, satu tragedi sebenar telah menimpa kepada krew kapal Mignonette di Cape of Good Hope selepas dipukul angin kencang. Hanya empat orang sahaja yang terselamat selepas berpaut pada bot penyelamat. Selepas beberapa minggu di lautan lepas, seorang rakannya iaitu Richard Parker mengalami keuzuran yang teruk apabila beliau bertindak meminum air kencing beliau sendiri dan juga air laut yang masin. Rakan-rakannya yang lain bertindak untuk membunuhnya bagi mendapatkan daging selepas tidak mendapat makanan sejak satu minggu. Richard Parker akhirnya dibunuh pada 24 Julai 1884. Ketika itu, Richard Parker telah pun koma.

Persamaan nama dan peristiwa antara novel garapan Edgar Allan Poe dan kejadian sebenar pada tahun 1884 amat tidak masuk akal. Bertambah pelik apabila ketiga-tiga pembunuh Richard Parker tidak pernah membaca novel Edgar Allan Poe. Peristiwa ini masih lagi menjadi misteri sehingga ke hari ini.

Peristiwa-peristiwa lain..

Pelakon warga Amerika abad ke-19, Charles Cogley meninggal dunia pada 1899. Beliau bagaimanapun tidak dikebumikan di tanah tumpah darah tetapi di Galveston, Texas, tempat di mana beliau meninggal dunia. Setahun kemudian, putting beliung telah melanda sekitar bandar Galveston, Texas sehingga menerbangkan rumah-rumah, jalanraya dan juga tapak perkebumian. Hendak dijadikan cerita, keranda Cogley juga diterbangkan oleh puting beliung tersebut sehingga dikatakan hanyut sejauh 6,000 batu ke Lautan Atlantik selama enam tahun.

Pada 1906, sebuah keranda yang hanyut tertulis nama Charles Cogley telah dijumpai berhampiran rumah di persisiran pantai Prince Edward Island di Gulf of St. Lawrence. Untuk pengetahuan semua, rumah tersebut adalah rumah kelahiran mendiang Charles Cogley.!

Seorang penduduk Detroit, Joseph Figlok sedang melalui sebuah jalan berhampiran blok apartmen. Tiba-tiba, seorang budak berusia satu tahun telah jatuh daripada tingkap apartmen dan menimpa Figlok. Mujurlah, kedua-dua mereka tidak mengalami sebarang kecederaan serius.

Setahun kemudian, Figlok melalui laluan yang sama sepertimana tahun sebelumnya. Tiba-tiba, beliau ditimpa lagi bayi yang pernah jatuh ke atasnya setahun sebelumnya. Seperti tahun sebelumnya, beliau tidak mengalami sebarang kecederaan serius. Kebetulan yang sangat memeranjatkan.! –SEPAT

Article Tags:
· · ·
Article Categories:
Sains Dan Islam · Viral

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *