Ombak Pantai VS Ukhuwah

February 2, 2017

Aku terpana disapa erti kekaguman..

Melihat Ciptaan Allah terbentang luas dihadapan mata..

Ombak kulihat gigih menampar pantai..

Menghakis pepasir ditebingan..

Ibarat Pasir-Pasir itu manusia yang terleka dengan Dunia..

Manakala ombak yang menampar pantai ialah Da’ie..

yang membawa pepasir ke Jalan Allah..

Namun Kekadang Pepasir menjadi pegun..

Menahan diri dek hakisan air laut..

Firman Allah ”Aku tidak mengubah nasib sesuatu kaum..melainkan kaum itu sendiri”(13;11)

Air laut dan Pepasir bersama mengubah dan berubah

demi menuju Redha Allah..

Tanpa usaha dari dalam diri kita..

Kita tidak akan mampu menegakkan Syiar Islam..

Mengukuhkan Pasak Tiang Agama yang semakin Luput

Ditelan Zaman Jangan biarkan agama itu seperti tiang rumah

yang mereput menanti Roboh..

Tapi jadikan Ukhuwah Sebagai Tali-Tali Pengikat Agama

Bagi mengembalikan Kegemilangan Islam

Penulis : Norain Shari

Article Tags:
· · ·
Article Categories:
Karya · Puisi Kreatif · Viral

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *