Caranya Untuk Upgrade Kereta Dengan Hanya Melalui Cara Trade In

February 2, 2017

Mungkin ada di antara kita yang telah menggunakan kereta dengan agak lama, dan dalam pada itu, berkeinginan untuk menukar ke kereta yang lebih baik, atas faktor bilangan ahli keluarga yang telah meningkat, juga untuk keselesaan bagi perjalanan jauh.

Namun begitu, anda masih bimbang, kerana kereta pertama masih belum habis dibayar, dan ada beberapa tahun lagi sehingga segala pembiayaan habis dibayar. Disebabkan ini, anda risau, jika anda ‘trade in’ kereta, ia akan merugikan anda, kerana tidak mendapat pulangan yang setimpal bagi digunakan untuk membayar kereta yang kedua.

Permasalahan seperti di atas sering kali terjadi buat mereka yang ingin menukar kereta, tapi, tahukah anda, terdapat kaedah yang boleh diguna pakai untuk membantu anda menukar ke kereta baru. Saudara Khairul Ezuwan kongsikan kaedah atau jalan kira yang boleh dijadikan panduan buat anda dalam membuat perkiraan menukar kereta baru. Jom kita baca perkongsiannya. –SiakapKeli

Suka Upgrade Kereta ? Cuba guna Kaedah ini

Buat pembiayaan kenderaan untuk tempoh pembiayaan 9 tahun sudah tidak relevan buat masa kini KECUALI anda nak upgrade kereta selepas 9 tahun atau memang tak nak tukar Kereta lain.

Depreciation kereta hari ini makin Tinggi & cepat. Kebanyakan orang terbantut nak upgrade kereta hari ini disebabkan bila trade in kereta kena tambah duit RM5,000- RM20,000 bergantung kepada jenis & jenama kenderaan. Puncanya adalah tempoh pembiayaan 9 tahun tidak selaras dengan penurunan harga kereta waktu ini.

Mungkin kaedah ini boleh diguna pakai.

Contoh:

Deposit : 10%

Tempoh pembiayaan : 6 tahun

Budget bayaran bulanan : RM600

Kereta : ??

KERETA PERTAMA

Deposit 10% = RM4,000

Budget Bayaran bulanan : RM600

Harga Kereta = RM40,000

Jumlah pembiayaan = RM36,000

Tempoh pembiayaan = 6 tahun @ 3.45% setahun

Beli Kereta = New Saga 1.3 CVT STD ✔️

Value Kereta Saga selepas 4 tahun = RM24,000

Baki hutang selepas 4 tahun = RM13,000

Refund cash selepas trade in = RM11,000

Katakan selepas 4 tahun gaji anda sudah meningkat , anda budget bayaran bulanan untuk kereta RM900. Kekalkan pembiayaan 6 tahun sahaja.

KERETA KEDUA

Deposit : RM11,000 (guna duit trade in Kereta saga)

Budget Baru bayaran bulanan = RM900

Harga kereta = RM68,000 – (discount RM2,000 ) = RM66,000

Jumlah pembiayaan = RM55,000

Tempoh pembiayaan = 6 tahun @ 3% setahun.

Beli Kereta : New Toyota Avanza 1.5 ✔️

Value kereta Avanza selepas 4 tahun = RM45,000

Baki pembiayaan selepas 4 tahun = RM20,000

Refund cash selepas trade in = RM25,000

Selepas 4 tahun gaji meningkat lagi, budget bulanan anda untuk kereta RM1,200

KERETA KETIGA

Deposit : RM25,000 (Guna duit trade in kereta Toyota Avanza)

Budget baru bayaran bulanan : RM1,200

Harga Kereta = RM98,000

Jumlah pembiayaan = RM73,000

Tempoh pembiayaan = 6 tahun @ 3% setahun.

Beli Kereta = Ford Ranger 2.2 XLT ✔️

Lepas tu Kereta apa? pandai-pandai la Anda pilih sendiri

* Kepada yang dah habis bayar hutang kereta tidak mahu berhutang lagi, Itu mungkin yang terbaik untuk anda.

* Kepada yang terus nak gunakan tempoh 9 tahun, itu terpulang kepada anda, mungkin di situ keupayaan & keperluan anda

* Status ini sekadar idea bagi mereka yang mahu upgrade kereta dengan cara yang lebih Baik .

1. Tidak perlu trade in kereta dengan terpaksa menambah duit bila jumlah hutang melebihi value semasa kereta.

2. Tidak perlu mengeluarkan deposit dari cash sendiri. Hanya menggunakan value trade in.

3. Deposit yang tinggi hasil dari trade in kereta sebelumnya.

Article Tags:
· · · · · · · ·
Article Categories:
Gaya Hidup · Tips · Viral

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *