Makna Perkataan "Salam"..



بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

اَلسَّلاَم...ُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

SIAPA YANG MENGGUNAKAN PERKATAAN "SALAM"?
Apakah maksud disebaliknya??

Maka berpalinglah (Muhammad S.A.W.) dari mereka dan katakanlah:"Salam (selamat tinggal)".
Kelak mereka akan mengetahui nasib mereka yang buruk. (QS. 43:89)

Baik anda gunakan ASSALAMUALAIKUM atau ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH HIWABARAKATUH...

Ilmu utk dikongsi bersama. Sekadar peringatan untuk semua rakan-rakan muslim yang lain.

Pagi semalam saya dengar radio ikim (91.50 fm). Ustaz Zawawi ada cerita tentang sunnah Rasulallah s.a.w. Antara yang dibincangkannya ialah tentang bab cara memberi salam.

Menurut ustaz Zawawi Yusof, Baginda SAW memberi salam dengan lafaz“Assalamualaikum” dan menjawab salam dari para sahabat baginda dengan salam yang lengkap iaitu “Waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh”

Ringkasnya, baginda SAW akan ;Beri salam dengan ucapan - “Assalamualaikum”

dan…Jawab salam - “Waalaikumussalam warahmatulallahi wabarakatuh”

Lagi satu, perlu diingatkan juga semasa menjawab salam,

saya dengar ramai orang jawab salam dengan ucapan yang tidak tepat.

Jawab salam yang betul ialah ;
“WAALAI KUMUS SALAM”dan bukannya yang selalu saya dengar iaitu ;

“WAALAI KUM SALAM”

Apabila kita ingin berkirim salam pada orang lain, hendaklah kita berkata

“Kirim salam, assalamualaikum pada ASHREE ye” contoh lerr…

Dan bukannya : “Kirim salam kat ASHREE yer”

Dan jangan pula memandai-mandai tambah perkataan seperti ” Ko tolong kirim salam maut kat dia yer“.
Statement ini walaupun dalam nada bergurau, tapi ia adalah menyalahi syariat dan berdosa, walaupun sekadar gurauan!

Selain itu, janganlah kita menggantikan perkataan “Assalamualaikum” dengan“A’kum” dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan.

Jika perkataan “Assalamualaikum” itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan “As Salam” yang membawa maksud sama dengan “Assalamualaikum”.

Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform“A’kum” dalam sms ataupun email. Perkataan ‘AKUM‘ adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud‘BINATANG‘ dalam Bahasa Ibrani.

Ia singkatan daripada perkataan ‘Avde Kokhavim U Mazzalot’ yang bermaksud ‘HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT‘.

Jadi, mulai sekarang jika ada orang hantar shortform “A’kum“, kita ingatkan dia guna “As Salam” kerana salam ialah dari perkataan “Assalamualaikum“.

* Jangan guna “Bye” kerana“Bye” adalah jarum sulit Kristian yang bermaksud “Di Bawah Naungan Pope.”

* Jangan guna “A’kum” kerana“A’kum” bermaksud “Binatang” dalam bahasa Yahudi.

* Jangan guna “Semekom” kerana“Semekom”bermaksud “Celaka Kamu.”Gunakan perkataan “ As Salam” sebagai singkatan bagi“Assalammualaikum.”

Tolong Share Di Facebook Anda Bagi Menyebarkan Tentang Pekara Ini..
Sekian, Semoga Ada Manfaatnya....
Terpulang Lah Kepada Anda.. Jika Anda Ada Yang Ragu-ragu.. Anda Boleh Comment.. 
Share on Google Plus

About Fathi Nor

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

3 comments:

  1. Makna perkataan Salam is more interesting because there children put the flag and so lovely, it is nice post.

    BalasPadam
  2. tak betul ni.... boleh guna perkataan kirim salam la.
    rujuk kat sini: http://www.solihinzubir.com/2011/03/artikel-jangan-gunakan-perkataan-salam.html

    and kat sini:

    http://www.ahmadsabri.net/penggunaan-perkataan-salam/

    BalasPadam
  3. Assalaamu 'alaikum

    SALAM adalah dari bahasa arab yang membawa maksud SEJAHTERA atau AMAN.

    Dalam ilmu NAHU...diawal ucapan ASSALAAMU 'ALAIKUM itu diletakkan huruf ALIF & LAM pada awalan kalimah SALAMU itu kerana kalimah SALAM adalah kalimah ISIM sepertimana dalam Asma ul Husna iaitu AR-RAHMAN, AL-MALIK, AL-QUDDUS, AL-'ALIM dan AL-HAMDULILLAHI

    ALHAMDULILLAHI itu ada 2 kalimah iaitu Al-hamdu & Lillahi, HAMDU asal kata dari HAMADA yg juga merupakan kalimah ISIM (HAMID)

    jika benar kita dilarang dengan hanya mengucapkan kalimah SALAM sahaja yang kononnya membawa maksud SELAMAT TINGGAL (malah ada yang mengatakan membawa maksud CELAKA) maka ramai umat Islam berdosa kerana Umat Islam sering mengucapkan kata sedemikian dalam ucapan selawat mereka keatas Rasulullah

    YA NABI SALAM 'ALAIKA,
    YA RASUL SALAM 'ALAIKA
    YA HABIB SALAM 'ALAIKA

    bukannya menyebut

    YA NABI ASSALAM ALAIKA.

    BalasPadam