Cara Mudah Mencari Muka Surat Dalam Al-Quran..


Al-Quran adalah peninggalan Rasulullah kepada kita semua umatnya. Ada 2 benda yang Nabi Muhammad S.A.W tinggalkan kepada kita iaitu Al-Quran dan juga Sunnah untuk kita semua amalkan. Berapa kali korang baca Al-Quran sehari? 1 kali? 2 kali atau dalam solat sahaja? Pahala paling senang nk dapat adalah melalui pembacaan Al-Quran kerana setiap huruf diberikan 10 pahala, tambahan pula Al-Quran adalah kalam Allah (Datang daripada Allah sendiri bukan diciptakan manusia)

Tip yang nk kongsikan ni adalah cara utk menghafal muka surat setiap juzuk Al-Quran. Memang menakjubkan kerana hanya dengan menggunakan formula matematik ringkas, kita dapat tau muka surat setiap juzuk Al-Quran. Jom sama-sama kita belajar...

Contoh 1 
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 5 di halaman ke berapa: 5-1 = 4, 4 perlu didarab dengan 2 jadi 4 x 2 = 8 Letakkan no 2 selepas jawapan. Jadi, juzuk 5 adalah pada halaman 82 Sekarang lihat pada Quran dan anda akan lihat Juzuk 5 bermula pada halaman 82. Menarikkan?

Contoh 2 
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 10 di halaman ke berapa: 10-1 = 9, 9 perlu didarab dengan 2 jadi 9 x 2 = 18 Letakkan no 2 selepas jawapan. Jadi, juzuk 10 adalah pada halaman 182


Contoh 3 
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 23 di halaman ke berapa: 23-1 = 22, 22 perlu didarab dengan 2 jadi 22 x 2 = 44 Letakkan no 2 selepas jawapan. Jadi, juzu 23 adalah pada halaman 442


Subhanallah, memang menakjubkan kan kawan-kawan... Sama-sama.. kita kongsikan kepada kawan-kawan kita,(Klik Button "Share" Di Atas Untuk Share Di Facebook Masing-masing...) adik-adik kita, keluarga kita supaya kita sama-sama mendapat pahala... Moga dipanjangkan info ini kepada yang lain..

Share on Google Plus

About Fathi Nor

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

4 comments:

  1. senang dan mudah dgn pencarian begini

    thanks for sharing here.. salam ramadhan

    BalasPadam
  2. kejadian Allah itu memang superb

    BalasPadam
  3. It is very interesting and informative post sharing because in the define Surat Dalam Al Quran that can be take information regarding in this post.

    BalasPadam