Slider[Style1]

Style2

Style3[OneLeft]

Style3[OneRight]

Style4

Style5

Telefon Milik Fariq ‘Dihidupkan’ Dalam Pesawat MH370


LAMAN web CNN hari ini memetik sumber rasmi dari Amerika Syarikat (AS) mengatakan telefon bimbit milik pembantu juruterbang pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 telah dihidupkan dan ia dapat dikesan oleh menara telekomunikasi di Pulau Pinangbagaimanapun tiada panggilan dibuat.

Maklumat itu membuatkan kini pasukan penyiasat sedang melihat jutaan rekod panggilan telefon untuk melihat jika ada panggilan telefon yang dibuat dari pesawat itu selepas ia dilaporkan hilang pada 8 Mac lepas.

Laporan berkenaan sebelum ini disiarkan di muka depan akhbar New Straits Times (NST) yang memetik sumber dari pasukan penyiasat di Malaysia yang menyebut pembantu juruterbang Fariq Abdul Hamid (Gambar, kiri) cuba untuk menghubungi seseorang. Menurut laporan itu, panggilan itu cuba dilakukan ketika pesawat berada pada ketinggian 5,000 kaki dan terbang merentasi Pulau Pinang.

Laporan CNN menyebut, sumber pasukan penyiasat AS itu berkata telefon bimbit milik Fariq cuba mengesan isyarat telekomunikasi kira-kira 30 minit selepas pesawat MH370 membuat pusingan balik “air turn back” kembali ke Semenanjung Malaysia.

Pada Sabtu, BERNAMA melaporkan pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein telah menafikan laporan NST mengenai perkara itu.

Panggilan telefon itu kononnya dibuat ketika pesawat itu terbang rendah berhampiran Pulau Pinang. Hishammuddin berkata jika dakwaan akhbar itu benar, beliau sepatutnya mengetahui perkara itu dari awal lagi. Pesawat MH370 hilang dari radar pada 8 Mac lepas ketika dalam penerbangan ke Beijing, China membawa 239 penumpang dan anak kapal. - MyNewsHub

Nota Jari 8


Bila aku setia..
Terhadap cinta kita..

Kau seolah memperkatikkan..
Dan mempermainkan aku..

Tapi bila aku tiada..
Baru kau sesali pemergian aku..

Ahh!.. Pergi mampus...

Gambar Pesawat MH370 Sebelum Hilang Dikumpul


KUALA LUMPUR: Genap sebulan kehilangan MH370, rakyat seluruh dunia terus berharap dan berusaha kekal positif. Bagi peminat fanatik bidang penerbangan dan pesawat, mereka mengumpulkan gambar-gambar pesawat MH370 yang sempat mereka rakamkan sebelum pesawat itu hilang sebagai memperingatinya.

Projek ini diterajui oleh pembikin filem dokumentari Raisch Studios, Michael Raisch. Michael ingin memberikan satu platform kepada mereka yang terkesan sama ada secara langsung atau pun tidak dalam insiden kehilangan MH370 untuk meluahkan apa yang mereka rasai.

“Sambutan dari rakyat Malaysia cukup memberangsangkan. Hari ini hari keempat atau kelima sejak projek saya mendapat perhatian seluruh dunia. Saya ingin kekal dalam konteks Malaysia, saya rasa ia satu insiden yang cukup sukar untuk diterima oleh semua pihak. Pesawat yang cukup besar, boleh hilang begitu sahaja,” kata Raisch.

Ia juga sebagai memperingati pesawat itu yang banyak berjasa dalam menghubungkan manusia di seluruh pelusuk dunia selama hampir satu dekad.

Gambar-gambar tersebut dirakam sejak 5 Oktober 2004bermula di Vienna, Austria ketika pesawat itu sedang bersedia untuk berlepas sehinggalah rakaman terakhirnya pada 28 Februari 2014 sebaik tiba di Los Angeles, Amerika Syarikat. Pesawat penerbangan MH370, atau nama sirinya, 9M-MRO pastinya memberi kesan amat mendalam kepada jurugambar-jurugambar yang merakamkan fotonya .

“Melalui kerja saya, secara sengaja atau tidak, saya dapat membantu menyatukan semuanya kembali terhadap insiden yang masih tidak selesai ini. Dalam kerja-kerja yang saya, kebanyakkan melibatkan sejarah; melakar peristiwa-peristiwa penting,” tambahnya.

Sejak dimuat naik ke laman web pada 27 Mac lalu, Michael menerima banyak reaksi positif pelbagai pihak.


Read more at:http://www.astroawani.com/news/show/gambar-pesawat-mh370-sebelum-hilang-dikumpul-33586?cp

Amerika Syarikat Jawab Teori Diego Garcia #MH370


APABILA pelbagai spekulasi berkaitan kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 berlegar-legar dalam kalangan orang ramai, teori mengenai penglibatan Amerika Syarikat (AS) paling popular.

Teori itu ialah pesawat MH370 dikawal oleh teknologi drone (alat kawalan jarak jauh berkeupayaan tinggi) oleh AS dan diterbangkan sehingga mendarat di Lapangan Terbang Diego Garcia yang terletak berhampiran Pulau Maldives.

Hari ini menurut akhbar Sinar Harian, pihak kedutaan AS di Malaysia tampil menjawab teori berkenaan. Pihak kedutaan AS menafikan sekeras-kerasnya teori yang mengatakan pesawat itu mendarat di pangkalan tentera udara AS di pulau kecil itu.

Menurut jurucakapnya, tuduhan itu adalah palsu dan pesawat berkenaan tidak mendarat di situ.

“Spekulasi bahawa penumpang MH370, Philip Woods menghantar mesej foto dari Diego Garcia juga tidak benar,” katanya.

Menurut beliau, AS turut menolak dakwaan beberapa orang yang menyaksikan pesawat dengan skim warna seakan sama dengan MH370 terbang rendah di ruang udara Maldives pada pagi 8 Mac lepas.

” Tidak ada petunjuk bahawa MH370 terbang di mana-mana berhampiran Maldives atau Diego Garcia,” katanya.

Jurucakap itu berkata usaha kerjasama Malaysia dan Australia, tujuh kapal Tentera Laut AS bersama 26 negara lain dilakukan berdasarkan kawasan yang dikenalpasti oleh pakar-pakar Malaysia dan antarabangsa.

Nama Perampas #MH370, ‘Hitch’ Lapor Media Russia


SUSULAN dakwaan sumber yang rapat dengan agensi risikan Russia FSB, sebuah akhbar negara berkenaan menurut satu laporan hari ini mendakwa sumber yang sama juga mengetahui nama perampas itu.

Menurut laporan akhbar Russia yang dipetik laman web beforeitsnews.com ,perampas yang bertindak ‘melarikan’ pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 dikenali dengan nama ‘Hitch’.

Menurut akhbar The Moskovsky Kosomolets yang memetik sumber enggan dikenali menyebut sumber itu berkata juruterbang pesawat MH370 tidak bersalah dalam kejadian itu.

“Penerbangan MH370 yang hilang pada 8 Mac lepas telah dirampas, kedua-dua juruterbang tidak bersalah dan pesawat dirampas oleh pesawat yang dikenali, kami hanya mengetahui nama pengganas yang memberikan arahan sebagai ‘Hitch’.

“Pesawat itu kini berada tidak jauh di Kandahar berdekatan dengan sempadan Pakistan,” dakwa akhbar berkenaan yang dipetik laman web voiceofrussia.com.

Menurut laporan itu, sumber berkenaan mendakwa pesawat itu diletakkan di sebuah jalan di pergunungan dan sayapnya rosak, kemungkinan akibat pendaratan yang agak kasar.

“Semua penumpang terselamat dan mereka diletakkan di dalam sebuah pondok dengan hampir tiada makanan,” katanya.

Sumber yang tidak didedahkan namanya itu berkata beberapa orang ‘pakar’ yang berjumlah 20 orang dari Asia telah ditahan dengan seorang daripada mereka warga Jepun.

Ia kemungkinan merujuk kepada para pekerja syarikat elektronik Freescale Semiconductor.

Biarpun begitu pendedahan akhbar itu tidak menular ke seluruh dunia mahupun ke Amerika Syarikat.

Akhbar itu melaporkan, pihak berkuasa Malaysia membuat pengumuman bahawa pesawat itu telah pun mengakhiri penerbangannya di Lautan Hindi.

Sebelum itu, akhbar The Independent pada 16 Mac pernah melaporkan spekulasi berkaitan pesawat berkenaan telah terbang di kawasan yang dikawal oleh militan Taliban.

“Pesawat MH370 yang hilang telah diterbangkan tanpa dikesan radar ke kawasan Taliban di sempadan Afghanistan,” menurut laporan The Independent. - MyNewsHub

Top